Wednesday, October 11, 2017

POKOK KANDUNGAN SURAH AL- QURAISY

Ayat ini memberi peringatan kepada kaum Quraisy tentang nikmat-nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka kerana itu mereka diperintahkan untuk menyembah Allah.

Kemakmuran dan ketenteraman seharusnya menjadikan manusia itu berbakti kepada Allah SWT. Kebiasaan orang Quraisy :

1. Mereka berpergian berdagang pada musim dingan dan musim panas.

Orang Quraisy biasanya mengadakan perjalanan terutama berdagang ke negeri Yaman pada musim dingin. Dalam perjalanan itu mereka mendapat jaminan keamanan dari pengusaha-pengusaha dari negeri yang dilaluinya. Ini adalah suatu nikmat yang amat besar dari Allah SWT kepada mereka. Oleh kerana itu sewajarnya mereka menyembah Allah yang telah memberikan mereka nikmat itu kepada mereka.

2. Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan ( Allah SWT), pemilik rumah ini (Ka'abah)

3. Rezeki datangnya dari Allah SWT dan mengamankan mereka dari ketakutan.

Tuesday, July 18, 2017

SURAH QURAISY

Surah ini terdiri 4 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyyah dan diturunkan sesudah surah At-Tiin. Nama Quraisy diambil dari kata Quraisy yang ada pada ayat pertama, ertinya kaum Quraisy. Kaum Quraisy adalah kaum yang mendapat penghormatan untuk memelihara Ka'abah.

Ada beberapa riwayat yang mengatakan bahawa diantara Surah Al-Fill (Surah 105) dengan Surah Quraisy (Surah 106) ini pada hakikatnya adalah satu. Mereka mengatakan bahawa kaum yang bergajah itu dibinasakan Allah sampai hancur kerana Allah SWT melindungi kaum Quraisy sebagai jiran Allah memelihara Ka'abah-Nya. Atau mereka pertalikan hujung Surah 105 "Mereka dijadikan seperti daun kayu yang dimakan ulat," dengan ayat 1 Surah 106 "Lantaran untuk melindungi kaum Quraisy." Hakikatnya, Allah bukan sahaja melindungi kaum Quraisy akan tetapi memelihara Ka'abah Nya.

Kaum Quraisy pada umumnya adalah kaum saudagar perantara, yang negerinya (Makkah) terletak ditengah, di antara utara iaitu Syam dan selatan iaitu Yaman. Sejak lama sebelum Islam mereka telah menghubungkan kedua negeri itu. Syam di utara adalah pintu perniagaan yang akan melanjut sampai ke Laut Tengah dan ke negeri-negeri sebelah Barat. yaman yang ibu kotanya sejak dahulu biasanya di Shan'aa di Selatan membuka pula jalan ke timur sampai ke China.